Hampir 70 maut disambar petir di India

Spread the love

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 16 maut akibat dipanah petir, manakala ramai lagi cedera di sebuah destinasi pelancongan popular di bandar Jaipur, utara India pada petang Ahad.

BBC melaporkan mangsa sedang berselfie di sebuah menara kawalan di Amber Fort ketika hujan.

Seorang pegawai kanan polis memberitahu media, kebanyakan mangsa korban di menara kubu itu ialah anak muda.

Ketika kejadian, 27 orang berada di menara itu dan tembok kubu berkenaan, tetapi beberapa orang dilaporkan melompat dari menara terbabit.

Sementara itu, Bernama memetik Agensi Berita Xinhua melaporkan 42 maut di Uttar Pradesh, tujuh di Madhya Pradesh dan sekurang-kurangnya 20 lagi di Rajasthan akibat dipanah petir pada Ahad.

Seorang pegawai di bilik kawalan bencana Uttar Pradesh ketika dihubungi mengesahkan 42 orang maut di 17 daerah di Uttar Pradesh.

“Ramai kehilangan nyawa akibat dipanah petir di beberapa daerah di Rajasthan. Saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga si mati,” tulis Perdana Menteri India, Narendra Modi di Twitter.

Ketua Menteri Rajasthan, Ashok Gehlot mengumumkan pampasan akan diberikan kepada waris mangsa.

SUMBER : FreeMalaysiaToday

Tags: #bm, india, maut, petir

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *