Bayar RM2,000 dan RM10,000 main badminton

Spread the love

KUCHING, JULAI 13: Sekumpulan empat lelaki yang sedang leka bermain badminton telah dikompaun melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah, kesemua mereka didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 semasa pemeriksaan dilakukan sekitar jam 7.45 malam di sebuah gelanggang badminton di Lorong Foochow, Tabuan Jaya pada Isnin.

Kesemua individu terbabit telah dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 seorang termasuk seorang penjaga gelanggang badminton tersebut turut dikenakan kompaun sebanyak RM10,000.

“Empat daripada yang dikompaun didapati sedang bermain badminton semasa pemeriksaan dilakukan dan seorang daripadanya dipercayai penganjur atau penjaga premis permainan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tindakan kompaun tersebut dikenakan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Beliau berkata, kesemua individu terbabit dikehendaki menjelaskan bayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan di Pejabat Kesihatan Daerah Kuching.  


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *