Saka, Sancho, Rashford Jadi Sasaran Kecaman Perkauman Selepas Tewas Final Euro 2020

Spread the love

LONDON, 12 JULAI: Pemain muda England, Marcus Rashford, Bukayo Saka dan Jadon Sancho menjadi sasaran kecaman berbaur perkauman susulan kekalahan skuad England di tangan Itali pada aksi final Euro 2020 di tanah air mereka.

The Three Lions tewas 2-3 menerusi sepakan penalti selepas ketiga-tiga pemain terbabit gagal menyempurnakan penalti masing-masing yang berjaya ditepis oleh penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma.

Persatuan Bolasepak England (FA England) turut mengutuk kecaman tersebut disifatkan sebagai ‘menjijikkan’ yang ditujukan kepada ketiga-tiga pemain itu.

Southgate bertanggungjawab penuh atas kekalahan menerusi sepakan penentuan itu dan memberitahu Saka bahawa dia tidak akan dibiarkan bersendirian berdepan kekecewaan.

“Ia bergantung kepada saya. Saya memutuskan siapa yang mengambil penalti berdasarkan apa yang kami lakukan dalam latihan,” katanya kepada BBC. “Tiada yang bersendirian, kami bersama sebagai satu pasukan.”

FA England mengeluarkan kenyataan pada awal pagi hari ini dengan mengecam tindakan perkauman terhadap pemain di media sosial.

Seorang jurucakap berkata: ‘FA mengecam keras segala bentuk diskriminasi dan dikejutkan oleh perkauman dalam talian yang ditujukan kepada beberapa pemain England kami di media sosial.

“Kami kurang jelas siapa di sebalik tingkah laku menjijikkan itu yang tidak dialu-alukan untuk mengikuti pasukan. Kami akan melakukan apa yang kami mampu untuk menyokong pemain yang terkesan sambil mendesak hukuman paling berat terhadap sesiapa yang bertanggungjawab,” kata kenyataan berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Tags: #bm, sukan

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *