Pencarian Mangsa Hanyut Dibawa Kepala Air Diteruskan

Spread the love

LAWAS, JULAI 12: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita yang dilaporkan hanyut dibawa kepala air sejak Sabtu diteruskan hari ini.

Kejadian dilaporkan berlaku pada petang Sabtu di Long Sukang, Lawas.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak (SAR) hari ketiga bermula pada jam 8:35 pagi selepas selesai taklimat pembahagian sektor pencarian dan perancangan strategi SAR di kawasan sama.

Sektor pencarian dibahagikan kepada tiga iaitu Sungai Long Sukang ke Sungai Long Lutok, Sungai Long Lutok ke Long Lidung dan Long Lidung ke Long Remirang menggunakan alternatif yang sama iaitu mencari di permukaan air menggunakan pelampung.

Tambahnya radius pencarian diperluas sehingga 10 ke 15 kilometer.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa bersama adik iparnya yang kedua-duanya berusia 24 tahun, dikatakan pergi ke sungai untuk mengambil batu sebelum jatuh ke sungai.

Bagaimanapun adik ipar mangsa berjaya diselamatkan orang kampung manakala mangsa hanyut dibawa arus deras.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *