Mangsa maut, kenderaan jatuh gaung

Spread the love

BINTULU, JULAI 12: Seorang lelaki berusia 50 tahun maut apabila kenderaan jenis pacuan empat roda yang dipandunya terjatuh ke dalam gaung sedalam 60 meter berhampiran Petronas SSGP, Jalan Pesisir Bintulu-Miri, hari ini.

Mangsa YANG dikenali S. Ganapathy Sundaraj disahkan maut oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian. 

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Christus Buson, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pada jam 7.01 pagi, bergegas ke lokasi untuk memberi bantuan.

“Pasukan bomba mengambil masa hampir satu jam bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian kerusi duduk hadapan kenderaan terbabit dengan menggunakan alat pemotong khas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Bintulu untuk dibedah siasat.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *