Kadar Kes Bunuh Diri Di Sarawak Meningkat 77% Sejak 2018

Spread the love

KUCHING, 12 JULAI: Peningkatan kes bunuh diri di Sarawak telah mendapat perhatian kerajaan negeri dengan memperkenalkan sistem khidmat “Community Chat”.

Kaedah ini dilihat mampu membantu rakyat Sarawak, sama ada yang terkesan akibat COVID-19 atau sebaliknya untuk menangani emosi atau tekanan dengan lebih berkesan.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata sebanyak 37 kes bunuh diri telah dilaporkan bagi tempoh Januari hingga Mei 2021 di Sarawak manakala tujuh kes cubaan bunuh diri direkodkan bagi tempoh sama.

“Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 19.65 peratus bagi empat bulan pertama dalam tahun 2021 berbanding 46 kes bunuh diri dilaporkan bagi seluruh 2020,” kata beliau.

Tambah Fatimah lagi , pertambahan kes bunuh diri menunjukkan trend peningkatan sejak tahun 2018 jadi untuk menangani kemelut tersebut, kementeriannya telah memperkenalkan pasukan ‘psychological support team’ dan ‘sahabat psychological support team’ menggunakan sistem Community Chat yang akan menggunakan empat bahasa.

“Secara keseluruhan, trend kes bunuh diri di Sarawak menunjukkan peningkatan sebanyak 77 peratus atau 20 kes dari tahun 2018 hingga 2020 yang mana 26 kes (2018), 36 kes (2019) dan 46 kes (2020),” tambah beliau.

Jelasnya, 89 peratus daripada kes bunuh diri ini melibatkan golongan lelaki dengan 96 peratus berumur 18 tahun ke atas dan dipengaruhui oleh pelbagai faktor selain pandemik COVID-19.

Sebanyak 634 kes kaunseling telah dikendalikan oleh pelbagai agensi dan pakar kaunseling di Sarawak sepanjang pandemik COVID- 19.

Talian khidmat Community Chat beroperasi pada waktu pejabat sementara bilik gerakan jabatan kebajikan masyarakat Sarawak dibuka pada setiap hari.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *