Hati-hati dengan pegawai ‘palsu’ minta kad pengenalan bagi tujuan pilihanraya

Spread the love

KUCHING, JULAI 12: Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membenarkan individu yang tidak dikenali ataupun bertindak mencurigakan mendekati kawasan kediaman mereka.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, ini berikutan tular pesanan ringkas di ‘whatsapp’ mengenai sekumpulan orang yang menyamar sebagai pegawai kerajaan yang pergi dari satu rumah ke satu rumah.

Modus operasi kumpulan tersebut adalah dengan memeriksa dokumen pengenalan penduduk bagi tujuan pilihan raya.

“Jangan buka pintu selagi mereka tidak menunjukkan kad pengenalan, Sekiranya ragu-ragu, hubungi balai polis berdekatan untuk mendapatkan bantuan.” katanya

Kandungan dari mesej tersebut menyatakan bahawa mereka menyamar sebagai pegawai kerajaan dari Kementerian Dalam Negeri.

Mereka dipercayai memiliki dokumen dengan cop surat dari jabatan dan mengaku sedang memeriksa pendaftaran pengundi untuk pilihanraya akan datang.

Bercakap kepada media tempatan semalam, Aidi bagaimanapun menegaskan pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian tersebut.

Beliau turut memberi jaminan kebiasaannya pihak polis akan dimaklumkan terlebih dahulu sekiranya terdapat sebarang operasi yang dilakukan oleh kementerian.

Tags: #bm, pdrm, sarawak

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *