14 cedera dalam nahas jalan raya babitkan dua bas di Singapura

Spread the love
16 orang terlibat dalam nahas itu, dua pemandu dan 14 penumpang. – Gambar Kredit Facebook/Murali Pilla

SINGAPURA, 11 Julai — Seramai 14 cedera termasuk lima daripadanya serius selepas terbabit dalam satu nahas jalan raya melibatkan dua buah bas di Singapura hari ini.

Nahas berlaku di Bukit Batok Bus Interchange, menurut Anggota Parlimen Bukit Batok Murali Pillai di Facebooknya.

Namun, katanya “kecederaan mangsa tidak mengancam nyawa”.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pegawai Angkatan Pertahanan Awam Singapura yang bertindak pantas. 

Sementara itu, The Straits Times melaporkan nahas berlaku kira-kira 5 petang dan bas berkenaan dikendalikan Tower Transit.

Memetik jurucakap syarikat berkenaan, 16 orang terlibat dalam nahas itu, dua pemandu dan 14 penumpang.

— BERNAMA


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *