COVID-19 Sarawak: Kes baharu positif bawah 300

Spread the love

KUCHING, 11 Julai: Kes harian baharu COVID-19 di Sarawak menunjukkan penurunan dengan 270 jangkitan dicatatkan hari ini berbanding 352 semalam, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Jumlah kes hari ini menyaksikan Sarawak kembali mencatatkan jumlah kes baharu harian di bawah paras 300 selepas beberapa hari mencatatkan kes melebihi 300.

Menurut JPBN, daripada keseluruhan kes positif hari ini, 169 kes merupakan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19, 49 kes merupakan individu dalam kluster aktif sedia ada manakala 48 kes merupakan saringan di fasiliti kesihatan.

“Empat kes adalah kes import A (datang atau balik dari luar negara),” menurut JPBN Sarawak dalam satu kenyataan pada Ahad.

— BERNAMA

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *