20,000 Penduduk Pantai Damai Dijangka Selesai Divaksin Menjelang Ogos   

Spread the love

KUCHING, Julai 10 : Seramai 20,000 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri Pantai Damai dijangka akan melengkapkan suntikan vaksin mereka menjelang Ogos ini.


Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan D-B-K-U) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menyuarakan keyakinan beliau selepas melawat pusat pemberian vaksin P-P-V DI Klinik Kesihatan Petra Jaya pada Sabtu.

Setakat ini, hampir 8,000 penduduk sudah menerima vaksin dos lengkap di P-P-V Santubong, P-P-V Buntal, Dan P-P-V Telaga Air Yang Beroperasi Sejak 15 Jun lalu dan ada juga diantara penduduk telah mendapatkan suntikan vaksin di PPV luar kawasan Pantai Damai.

“Di DUN Pantai Damai, sebanyak 8,000 orang telah mendapat suntikan dos pertama dan dos kedua.


“ Kita akan dapat memberikan vaksinasi kepada kesemua masyarakat menjelang bulan Ogos akan datang sekiranya program vaksinasi berterusan berjalan dengan lancar dan teratur. Jumlahnya hampir 20,000 orang,” katanya.

Beliau yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Damai berkata, kerjasama daripada Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (J-K-K-K) banyak membantu melancarkan proses vaksinasi penduduk di kawasan tersebut.

Bagi mereka yang enggan menerima vaksin, pihaknya telah meminta beberapa pegawai perubatan untuk memujuk golongan ini.


Seramai 800 penduduk dijangka menerima vaksin dos kedua di P-P-V Klinik Kesihatan Petra Jaya pada Sabtu dan Ahad.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *