Lelaki bogel rempuh sekatan jalan raya

Spread the love

PADAWAN, JULAI 8: Seorang penunggang motosikal yang cuba merempuh sekatan jalan raya jalan raya di Jalan Batu Kawa dalam keaadan bogel telah ditahan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan Dsp Lim Jaw Shyong berkata suspek berusia 28 tahun itu pada mulanya ditahan oleh petugas di sekatan jalan raya tersebut untuk pemeriksaan tetapi tidak dipedulikannya.

“Dalam kejadian 9.38 pagi tu, suspek yang dipercayai turut mabuk kemudian diserahkan kepada petugas ambulans untuk menghantarnya ke Hospital Umum Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan rawatan.

“Menurut keluarganya, suspek  sememangnya mengalami masalah mental,” kata Lim.

Jelasnya, suspek akan ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *