Ismail Sabri mulakan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri

Spread the love

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memasuki Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Perdana Putra, di sini bagi memulakan tugasnya sebagai pemimpin nombor dua dalam pentadbiran kerajaan.

Bersut serba biru, ketibaan Ismail Sabri di perkarangan Kompleks Perdana Putra pada jam 10 pagi disambut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Jamil Rakon.

Ismail Sabri, 61, dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada Rabu lalu selain dikekalkan memegang portfolio Menteri Kanan Pertahanan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengaminkan doa pada hari pertama beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri di bangunan Perdana Putra hari ini.

Ismail Sabri mengimbas kad perakam waktu sebelum memasuki pejabatnya di Aras 4 dan kemudian menandatangani Buku Selamat Datang, diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh Pegawai Integriti JPM Muhd Redza Ahmad.

Beliau kemudiannya menghadiri Sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara maya bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Putra menempatkan pejabat-pejabat utama dalam pentabiran negara seperti Pejabat Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Setiausaha Negara.

— BERNAMA

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengimbas kad perakam masa pada hari pertama beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri di bangunan Perdana Putra hari ini.
Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *