Guru Besar Didakwa Seleweng Elaun Murid

Spread the love

KUCHING, Julai 9: Seorang guru besar sekolah rendah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah sejumlah di Mahkamah Khas Rasuah Kuching.

Guru besar tersebut, Madahan Bin Busman, 49, didakwa menyalahgunakan kedudukannya untuk menyeleweng Elaun Murid Berkeperluan Khas tahun 2019 bernilai rm4,500 di sebuah Sekolah di Padawan.

Mengikut fakta kes, dia didakwa melakukan kesalahan itu antara Januari dan September 2019 di Sekolah Kebangsaan Beradek , Daerah Padawan, Kuching.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda, jika disabit kesalahan.

Hakim Steve Ritikos menetapkan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 23 Julai untuk pengurusan kes sebelum perbicaraan.

Pendakwaan dilakukan oleh TImbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Nisla Abdul Latif, sementara tertuduh diwakili oleh Peguam Fadzillah Osman.


Sementara itu, dalam kes berasingan di mahkamah sama, dua  lagi tertuduh telah dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda rm12,500 untuk setiap seorang  atas kesalahan rasuah.

View Post


Kedua-dua mereka dituduh meminta wang rasuah bernilai  bernilai RM2,500.00 daripada beberapa syarikat kontraktor dan sub kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja memotong rumput di tepi jalan dan membaiki jalan di sepanjang jajaran projek lebuhraya Pan Borneo sebagai balasan untuk mengesahkan kerja siap.

Selepas itu, mereka mengeluarkan satu laporan kerja siap untuk digunakan oleh kontraktor tersebut bagi tujuan membuat tuntutan kepada kerajaan atau kontraktor utama.
Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah ke atas pertuduhan pertama di bawah Seksyen 16 (A)(A) Asprm 2009, manakala dua lagi pertuduhan telah digugurkan.


Kes ketiga yang dihadapkan ke mahkamah pada Jumaat pula melibatkan pengerusi persatuan kakitangan JAKIM Cawangan Sarawak (PERJASA) yang telah dituduh  menggunakan kedudukan beliau dengan mengarahkan setiausaha dan bendahari PERJASA untuk mengeluarkan beberapa keping cek dari akaun Bank Islam milik PERJASA atas nama beliau dan kegunaan peribadi.


Tertuduh mengaku bersalah atas kesemua enam pertuduhan dan dijatuhkan hukuman penjara dua belas bulan dan enam sebatan.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *