California isytihar darurat susulan gelombang haba melampau

Spread the love

LOS ANGELES, 9 Julai — Gabenor California, Gavin Newsom pada Khamis mengisytiharkan darurat di lebih banyak daerah berikutan gelombang haba yang melanda sebahagian besar kawasan barat Amerika Syarikat.

Dalam satu sidang media beliau berkata amaran itu dikeluarkan ke atas sembilan lagi daerah menjadikan jumlah terkini sebanyak 58, lapor Agensi Berita Xinhua.

Sidang media itu diadakan di hadapan sebuah tasik yang semakin kekeringan, di San Luis Obispo County. 

Beliau berkata sekitar 42 peratus penduduk di daerah terlibat tertakluk di bawah garis panduan darurat  itu. California yang juga dikenali “Golden State’ itu dihuni lebih 40 juta penduduk.

Newsom turut menyeru penduduk berjimat cermat dalam penggunaan air. 

“Kami berharap… masyarakat mengurangkan penggunaan air sebanyak 15 peratus, tidak hanya tertakluk pada unit kediaman, tetapi merangkumi pihak industri, komersial dan pertanian seperti musim kemarau sebelum ini,” katanya.

California sekali lagi dilanda kemarau buruk tahun ini. Sebelum ini, Newsom mengisytihakanr darurat di dua daerah di California Utara pada April dan kemudian diperluaskan kepada 41 dari 58 daerah pada Mei.

“Ketika musim kemarau lepas, kita berjaya berjimat-cermat dan sudah tentu kita mampu lakukannya sekali lagi. 

“Rakyat mampu  mengurangkan penggunaan air secara sukarela sehingga 15 peratus, sehingga menjimatkan 850,000 meter padu, cukup untuk bekalan 1.7 juta isi rumah selama setahun. “

— BERNAMA


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *