England Melakar Sejarah, Mara ke Final Euro 2020

Spread the love

LONDON: England akhirnya berjaya mara ke final kejohanan Euro 2020 setelah menewaskan Denmark 2-1 dalam aksi di Wembley awal pagi tadi.

Ia merupakan final kejohanan utama yang pertama buat England sejak Piala Dunia 1966.

Sepakan penalti pada masa tambahan oleh kapten pasukan, Harry Kane pada minit ke-105 memastikan Three Lions beraksi di pentas final bersama Itali Ahad ini.

Jaringan pembukaan berjaya dilakukan Denmark menerusi Mikkel Damsgaard pada minit ke-30 berjaya memukau 60,000 penonton di stadium.

Bagaimanapun kesilapan jaringan sendiri Simon Kjaer memberikan gol penyamaan buat England sebelum tamat babak pertama.

Jaringan oleh Kane meletakkan pemain Tottenham ini sebaris dengan rekod 10 gol dibuat Gary Linker dalam aksi utama kejohanan.

England akan bertemu Itali di saingan akhir Ahad ini di Stadium Wembley. Kali terakhir England bertemu Italy adalah ketika perlawanan persahabatan pada tahun 2018 yang berakhir seri 1-1.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *