Ketua Menteri Terima Dua Kunjungan Hormat

Spread the love

KUCHING, Julai 7: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Openg hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada dua orang pengarah jabatan yang baru dilantik di pejabatnya di sini.

Kunjungan pertama adalah daripada Pengarah Yayasan Sarawak yang baru, Haji Mersal Abang Rosli di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya pagi ini.

Haji Mersal telah memulakan tugasnya pada 1 Julai 2021 yang lepas sebagai Pengarah Yayasan Sarawak.

Sejurus selepas itu, Ketua Menteri menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak yang baharu, Dato’ Dr. Mohamed Sapian bin Mohamed.

Beliau yang berasal dari Terengganu, memulakan tugas sebagai Pengarah Jabatan Kesihatan yang baharu pada 14 Jun 2021 yang lepas.

Sebelum ini, beliau bertugas di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang sebagai Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam).

Hadir sama adalah Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Kesihatan Awam) Dr. Rosemawati binti Ariffin.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *