Kes COVID-19 meningkat di Indonesia, harga keranda melonjak naik

Spread the love
kredit : foto AP

JUMLAH tempahan keranda di Jakarta, Indonesia kini meningkat tiga kali ganda sehari akibat lonjakan kes COVID-19.

Perkara itu dinyatakan oleh Olaskar Purba, seorang pembuat keranda yang bekerja di sebuah bengkel yang terletak di satu tanah perkuburan di Jakarta.

Kebiasaanya dia dan pasukannya hanya menghasilkan 10 keranda dalam satu hari.

Namun kini angka itu melonjak kepada 30 pesanan setiap hari.

Malah bahan-bahan untuk membuat keranda juga semakin sukar dicari kerana harga papan lapis juga makin meningkat.

Indonesia kini bertarung dengan penularan wabak Covid-19, antara yang paling teruk di Asia, ditambah dengan merebaknya varian Delta yang sangat mudah menjangkiti dan mulanya dikesan di India.

Dia turut melahirkan kebimbangan kerana ramai individu yang telah meninggal dunia dan menggesa orang ramai mematuhi arahan kerajaan dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Sekatan lebih ketat turut dikenakan di kawasan Jawa dan Bali yang merupakan wilayah paling teruk terjejas kerana jangkitan COVID-19.

Malah kerajaan juga memperkenalkan langkah baru bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di wilayah lain bagi menangani lonjakan kes.

Sumber : CNN Indonesia


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *