FELDA berpotensi kembali menjadi syarikat perladangan terulung di dunia

Spread the love

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan tersenarai menjadi antara syarikat global paling berjaya seperti dalam Fortune Global 500 pada masa hadapan.

Beliau berkata, dengan kelebihan simpanan tanah seluas 832,000 hektar atau lebih 2 juta ekar, FELDA mempunyai keupayaan dan potensi besar untuk kembali menjadi syarikat perladangan terulung dunia.

“Saya sedar ini bukanlah sesuatu yang mudah, namun dengan strategi serampang tiga mata (Restart, Revitalise dan Reform) dan dengan komitmen pihak pengurusan baharu serta sokongan kerajaan, ia tidak mustahil untuk dicapai,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam ucapannya sempena Pelancaran Hari Peneroka FELDA 2021 yang diadakan secara maya, di sini hari ini. –BERNAMA

Tags: #bm, felda

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *