“Doktor jadian PPV” akhirnya ‘kantoi’

Spread the love

KUCHING, JULAI 7: Seorang lelaki dicekup polis awal bulan ini selepas 16 hari menyamar sebagai seorang doktor di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Perpaduan Kuching.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, lelaki berusia 20 tahun itu menyamar sebagai doktor dari hospital umum sarawak (HUS) dan telah ditahan pada jam 3 petang, 1 julai lalu.

“Suspek telah disyaki oleh seorang doktor lain, dimana doktor tersebut telah segera membuat laporan polis dan pihak polis terus membuat tangkapan di Stadium Perpaduan pada 1 Julai.” katanya ketika dihubungi TVS pada Rabu.

Tambah Aidi, tertuduh telah mengaku bersalah dan hukuman masih lagi belum diputuskan.

Pihak pendakwa masih menunggu laporan akhlak suspek dan kes itu akan disebut di Mahkamah Majistret Kuching pada 18 julai ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.

Suspek turut dikesan memiliki cop, kad nama, peralatan perlindungan peribadi serta peralatan perubatan.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *