Wanita Direman Palsukan Tuntutan

Spread the love

MIRI, 6 JULAI: Seorang penjawat awam wanita direman enam hari atas tuduhan tuntutan palsu membekal dan menghantar anak pokok durian beranggaran RM1 Juta.

Majistret Leona Dominic Mojili mengeluarkan perintah kepada suspek atas tindakan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 selepas menerima permohonan daripada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Faidah Roslan.

Berdasarkan fakta pertuduhan, suspek melakukan kesalahan memalsukan tuntutan sebanyak 28,805 anak pokok durian musang king ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir.

Laporan SPRM mendedahkan suspek telah diberkas pada 5 Julai oleh SPRM dan suspek dipercayai tuduhan ketiga dalam kes terbabit, selepas dua orang lagi suspek telah direman di Kuching pada 24 Jun yang lalu.

Mengikut akta kesalahan, suspek boleh dikenakan denda sebanyak 5 kali ganda jumlah rasuah atau kompaun RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi dan penjara maksimum 20 tahun.

Laporan insiden menjelaskan kes berlaku pada Disember tahun 2019 apabila perkhidmatan pembekalan tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya, meskipun pembayaran tuntutan telah dibuat.

Suspek kini direman bermula hari ini hingga 12 Julai untuk perbicaraan semula kes tuduhan.

Pada 24 Jun yang lepas, dua individu telah direman di bawah kes yang sama.

Perintah tahanan reman terhadap suspek lelaki masing-masing berusia 57 dan 46 tahun dikeluarkan Majistret Zaiton Anuar di Mahkamah Kuching selepas menerima permohonan SPRM.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *