AS sedia guna suntikan ‘booster’ jika perlu

Spread the love

WASHINGTON, 5 Julai (Bernama) — Amerika Syarikat (AS) bersedia untuk menggunakan suntikan ‘booster’ (penggalak) vaksin COVID-19 sekiranya pakar mengesyorkan, kata koordinator tindak balas COVID-19 Rumah Putih Jeffrey Zients, pada Ahad.

Berikutan varian Delta kian merebak ke seluruh dunia, beberapa negara, seperti United Kingdom dan Jerman, sedang melakukan persediaan untuk melancarkan kempen vaksin ‘booster’, lapor Sputnik.

“Apa yang boleh saya katakan jika booster diperlukan, kita sudah bersedia, seperti yang telah kita hadapi sepanjang pandemik ini. Kita mempunyai pelan kontingensi dan persediaan. Jadi jika keputusan dibuat bahawa booster diperlukan, kita sudah bersedia. Tetapi ia belum lagi diputuskan oleh doktor atau saintis,” kata Zients kepada CBS News.

Katanya, pakar akan memutuskan perkara tersebut selepas mengumpulkan data yang mencukupi berdasarkan kajian klinikal.

Seramai 156,982,549 penduduk AS sudah menerima dos vaksin COVID-19 lengkap, iaitu 47.3 peratus daripada populasi negara itu.

— BERNAMA


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *