Parlimen bersidang mulai 26 Julai

Spread the love

PUTRAJAYA, JULAI 5: Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat akan diadakan selama lima (5) hari, bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021.

Bagi Dewan Negara pula, ia akan diadakan selama tiga (3) hari, bermula dari 3 hingga 5 Ogos 2021.

Menurut Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan, mesyuarat tersebut adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli-ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.

“Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen (shall be laid before both Houses of Parliament),” sebut kenyataan itu, pada Isnin.

Mesyuarat akan diadakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Nota Jemaah Menteri juga telah diedar secara berutus kepada Jemaah Menteri untuk mengambil maklum perkara ini.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *