Keadaan Muhyiddin Stabil, Tiada Masalah Tumor Berulang

Spread the love

PERDANA MENTERI Tan Sri Muhyiddin Yassin berada dalam keadaan stabil dan bertambah baik selepas dimasukkan ke hospital pada 30 Jun lalu.

Bagaimanapun, beliau masih menerima rawatan antibiotik intravena dan hanya akan dibenarkan keluar dalam tempoh beberapa hari lagi.

Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi, didapati tiada bukti menunjukkan masalah tumor lamanya berulang.

Muhyiddin juga dibenarkan bertugas sambil menerima rawatan susulan tahap kesihatannya yang kini beransur pulih.

Terdahulu, Muhyiddin dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara untuk menerima rawatan serta pemantauan selepas mengalami diarea.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *