ZAMZOV, Kompleks Latihan Pertama di Sarawak Siap Sepenuhnya

Spread the love

LUNDU: Anggota Tentera Darat yang bertugas di Sarawak, pastinya berasa bangga dan bertuah.

Hal ini kerana dengan siapnya Kompleks Latihan ‘Operations in Build Up Areas’ (OBUA) di Lapang Sasar Sampadi, Lundu Sarawak.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen, infrastruktur tersebut merupakan kompleks latihan pertama yang dibina di Sarawak.

Kompleks latihan yang diberi nama Zamrose Mohd Zain OBUA Village (ZAMZOV), merupakan cetusan ilham Panglima Tentera Darat (PTD) ke-28, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, ketika beliau menjawat jawatan sebagai Panglima Medan Timur Tentera Darat ke-3.

Pembinaannya hanya mengambil masa selama 150 hari dan telah siap sepenuhnya pada 30 Oktober 2020 lalu.

“Sesungguhnya pembinaan infrastruktur latihan sebegini adalah sejajar dengan tonggak pertama perintah ulung PTD ke-28 iaitu, ‘Kelangsungan Misi dan Kesiagaan’.

“Tonggak ini menitikberatkan kepada usaha mempertingkatkan keupayaan dan kesiagaan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam melaksanakan sebarang misi dan operasi,” katanya.

Pembinaan kompleks tersebut dilaksanakan oleh Pasukan Skuadron Ketiga Rejimen Askar Jurutera Diraja (3 Skn RAJD).

ZAMZOV diyakini mampu mempertingkatkan kompetensi dan kemahiran anggota dalam operasi di kawasan bandar.

Kompleks ini telah dirasmikan oleh beliau dalam rangka lawatan kerja ke Sarawak yang diadakan secara ringkas dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *