Video Muzik “Warrior Spirit” Raih Dua Anugerah IMVA 2021

Spread the love


ALENA Murang sekali lagi mencipta kejayaan apabila beliau dan sepupunya Sarah Lois Dorai telah memenangi dua anugerah berprestij, International Music Video Award (IMVA) 2021 di United Kingdom.

Kedua-dua anak kelahiran sarawak ini berjaya meraih kejayaan tersebut menerusi muzik video “Warrior Spirit” dan memenangi kategori Video Muzik Asia & Pasifik dan Anugerah Penggayaan Pakaian Kostum Terbaik.


Bukan itu sahaja, muzik video hasil kerjasama dengan Project room dan Kanid Studio ini juga turut tercalon di suku akhir Los Angeles Film award 2021.


Kejayaan artis kelahiran Sarawak ini juga turut dilakar bersama dengan pasukan yang sama yang pernah menerbitkan muzik video Midang-Midang dimana MV ini pernah memenangi anugerah Penggayaan Terbaik di Festival Video Muzik Bueno Aires 2020 (BAMVFEST20).


Selain kreativitinya dalam menghasilkan muzik video, kebolehan Alena dalam bermain sape juga menjadi antara satu keunikan dalam karya yang dihasilkannya.


“ Saya banyak berkongsi pandangan dengan pasukan saya dalam menghasilkan karya yang kreatif dan inovatif. Kami menggabungkan banyak elemen terutama kontemporari dengan tradisional,” katanya ketika ditemubual pemberita TVS.


“Dalam pada itu, kami banyak belajar tentang sejarah serta berbincang dengan ahli keluarga yang lain untuk berkongsi pandangan dan dari situ kami akan menghasilkan satu jalan cerita yang dipersembahkan melalui muzik,” ujarnya.


Beliau juga berharap agar peminat industri muzik terus menyokong karya yang dihasilkan anak seni tempatan.

Tags: #bm, #tvstv

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *