Tugu Peringatan Puteri Diana Dirasmikan

Spread the love

LONDON: Tugu peringatan Puteri Diana Dirasmikan sendiri oleh anaknya sendiri iaitu Putera Britain, William dan Harry pada Khamis sempena ulang tahun kelahiran ke-60.

Memetik sumber dari media tempata, tugu peringatan itu dibina atas permintaan kedua-dua anaknya pada tahun 2017 ketika ulang tahun ke-20 kematian ibu mereka.

“Hari ini, sepatutnya ulang tahun ke-60 bonda kami, kami mengenang kasih sayangnya, kekuatan dan perwatakan lembutnya menjadi inspirasi kepada dunia.

“Bonda banyak mengubah kehidupan menjadi lebih baik, kami berharap tugu ini menjai simbol kehidupan dan legasinya,” Ujar William dan Harry menerusi akaun Twitter rasmi The Duke dan Duchness of Cambridge.

Arca yang berupa manusia itu hasil ukiran Ian Rank-Broadley menampilkan sifat kelembutan dan kemanusian sambil mempamelkan kesan yang ditinggalkannya daripada generasi ke generasi.

Fakta menarik mengenai Taman Sunken adalah salah satu tempat kegemaran Puteri Diana di Istana Kensington, dengan hasil sentuhan khas termasuk bunga kegemaran mendiang, Taman Shunken kini berwajah baharu sebagai simbolik penghormatan buat Puteri Wales itu.

Pada 21 Ogos 1997, Puteri Diana meninggal dunia pada usia 36 tahun dalam nahas jalan raya di Paris.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *