Disangka hilang, rupanya warga emas terperangkap dalam tangki tandas

Spread the love

LUNDU, JULAI 2: Warga emas yang dilaporkan hilang di Sempadi, rupa-rupanya terperangkap dalam tangki tandas. Beliau ditemui selamat oleh penduduk kampung di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa ditemui dalam keadaan lemah sekitar jam 2.20 petang hari ini.

“Mangsa ditemui oleh penduduk kampung di dalam tangki tandas di belakang dewan serbaguna Lundu dan seterusnya dikejarkan ke Klinik Sempadi oleh Unit EMRS Bomba untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 3.30 petang Jumaat.

Pihak Bomba menerima panggilan pada 5.34 petang khamis (1 Julai).

Mangsa berusia 62 tahun dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah selepas kali terakhir dilihat berjalan di belakang rumah mereka pada Khamis.

Operasi SAR dilancarkan selepas laporan dibuat oleh keluarga mangsa.

Turut sama dalam operasi tersebut ialah polis dan penduduk kampung.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *