Dos kedua vaksin AstraZeneca, semak aplikasi MySejahtera sekarang

Spread the love

KUCHING, JULAI 2: Rakyat Sarawak kini sudah boleh mula menyemak tarikh temujanji suntikan dos kedua vaksin Astrazeneca melalui aplikasi MySejahtera pada telefon bimbit masing-masing.

Terdahulu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin mengatakan bahawa lebih satu juta penerima suntikan pertama AZ akan menerima notifikasi secepat mungkin untuk suntikan yang kedua.

Bahkan suntikan kedua ini juga akan dipercepatkan daripada 12 minggu kepada sembilan minggu sahaja.

Jadi kepada rakyat Sarawak jangan lupa untuk semak dan kemaskini aplikasi MySejahtera masing-masing agar tidak terlepas tarikh temujanji tersebut!

Boleh juga menyemak di laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) ini. Hanya no ic diperlukan

Lindung diri, lindung semua.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *