BDA Sumbang RM1 Juta, Bantu JPBN Sarawak Tangani COVID-19

Spread the love

KUCHING: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menyerahkan sumbangan sebanyak RM1 Juta kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Pengurus Besar (BDA) Muhammad Yakup Bin Kari berkata, sumbangan ini bertujuan untuk bersama membantu Kerajaan Sarawak dalam menangani pengurusan COVID-19 dinegeri ini.

Muhammad Yakup Bin Kari, Pengurus Besar (BDA)

“ Kerajaan negeri dan JPBN Sarawak sedikit sebanyak memerlukan bantuan untuk perolehan vaksin dan sebagainya dan kita amat terkenanglah walaupun kami di bintulu, ini bagi memastikan usaha kita menentang pandemik COVID-19 berjaya dan sedikit sebanyak kita menyumbang wang berjumlah RM 1 Juta.” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis ringkas penyerahan yang telah diadakan di pejabat Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia pada Jumaat.

Katanya lagi pihaknya juga telah menerima nasihat dan pandangan daripada ketua menteri berhubung beberapa perkara mengenai pembangunan yang ada di Bintulu.

Tags: #bm, jpbns, sarawak

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *