Upacara Pengebumian Dan Sembahyang Cetus Kluster Baru

Spread the love

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu 91) kluster baharu iaitu Kluster Lorong 3 Kampung Siol Kandis, Kuching.

Katanya, kluster Lorong 3 Kampung Siol Kandis merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan beberapa buah keluarga di melalui upacara pengebumian dan sembahyang kematian pada 2 Jun hingga 4 Jun 2021.

“Perebakan jangkitan berlaku melalui upacara pengebumian dan sembayang kematian pada 2 Jun hingga 4 Jun dan pada 12 Jun serta pergerakan sosial dan kontak rapat dalam kalangan individu dan keluarga individu yang telah menghadiri upacara tersebut.

“Sejumlah 123 individu telah disaring dimana 45 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks manakala 78 kes didapati negatif,” Kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)

Dalam pada itu, kes positif COVID-19 ini telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan PKRC di daerah Kuching bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Sementara itu, Sarawak turut merekodkan 544 kes baharu COVID-19 yang dikesan dan sejumlah 338 atau 62.13 peratus daripada jumlah kes dikesan di lima (5) daerah iaitu Daerah Kuching, Tebedu, Sibu, Bintulu dan Miri.

“Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah daerah Kuching (118), Tebedu (63), Sibu (58), Bintulu (56), Miri (43), Song (41), Telang Usan (21), Serian (17), Bau (150, Kanowit (15), Samarahan (15), Marudi (11), Kapit (11), Subis (10), Sri Aman (7), Tatau (6), Tanjung Manis (6), Mukah (5), Asajaya (4), Simunjan (3), Meradong (3), Saratok (3), Lundu (2), Sarikei (2), Bukit Mabong (2), Sebauh (2), Belaga (1), Matu (1), Lawas (1), Julau (1) dan Betong (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 65,395,” Tambah JPBNS lagi.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *