Sarawak Catat 544 Kes Baharu Positif COVID-19

Spread the love

KUCHING: Sarawak pada Khamis mencatatkan 544 kes baharu COVID-19 dengan empat kematian masing-masing dua di Sibu dan Miri.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sejumlah 338 atau 62.13 peratus dikesan di lima daerah iaitu Kuching, Tebedu, Sibu, Bintulu dan Miri.

“Sementara itu Sri Aman (7), Tatau (6), Tanjung Manis (6), Mukah (5), Asajaya (4), Simunjan (3), Meradong (3), Saratok (3), Lundu (2), Sarikei (2), Bukit Mabong (2), Sebauh (2), Belaga (1), Matu (1), Lawas (1), Julau (1) dan Betong (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes negeri ini meningkat kepada 65,395,” jelasny menerusi kenyataan.

Jelas JPBNS lagi, daripada 544 kes baharu yang dilaporkan, seramai 74 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan manakala, seramai 464 orang kes yang dikesan adalah terdiri daripada individu diberikan arahan perintah kuarantin.

Hari ini, terdapat empat kes kematian melibatkan jangkitan COVID-19 dan ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah bertambah kepada seramai 413 orang.

“Kes kematian ke-410 dan ke-411 masing-masing di Hospital Miri melibatkan wanita berusia 32 tahun tiada penyakit ko-morbid dan lelaki berusia 70 tahun yang menghidap penyakit darah tinggi,” katanya.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *