COVID: Kes baharu 6,988 hari ini, Selangor terus catat kes tertinggi

Spread the love

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) — Untuk hari ketiga berturut-turut, jumlah kes baharu harian COVID-19 di negara ini melebihi angka 6,000 dengan 6,988 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman Twitternya hari ini berkata angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 712 kes berbanding 6,276 kes semalam.

Perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di negara ini sebanyak 758,967.

Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,885 kes, diikuti Kuala Lumpur (988), Negeri Sembilan (692), Sarawak (544), Melaka (311),  Johor (270), Kedah (250) dan  Sabah (232).

Pahang pula mencatatkan 195 kes, Pulau Pinang (174), Perak (149), Labuan (129), Kelantan (108), Terengganu (50), Putrajaya (10) dan satu kes di Perlis.

— BERNAMA

Tags: #bm, COVID-19

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *