RON97 naik dua sen, RON95 dan Diesel kekal

Spread the love

HARGA runcit petrol RON95 dan diesel, masing-masing kekal pada kadar RM2.05 serta RM2.15 seliter bagi tempoh 1 hingga 7 Julai ini, sementara harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter daripada RM2.67 kepada RM2.69.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” katanya..

Tags: #bm, malaysia

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *