Moratorium automatik tanpa syarat, apa kata rakyat?

Spread the love

KUCHING, 30 Jun : Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan moratorium bayaran balik pinjaman bank untuk tempoh enam bulan akan diberi kepada semua individu tanpa mengira golongan B40, M40 atau T20.

Pemberian moratorium tersebut tidak meletakkan apa-apa syarat seperti pengurangan pendapatan, selain tiada semakan bagi mengesahkan sama ada pemohon hilang pekerjaan.

Setakat ini lebih 250,000 peminjam yang layak mendapat kelulusan moratorium secara automatik namun hanya perlu memilih sama ada untuk mendapatkan moratorium selama tiga bulan atau pengurangan bayaran ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan.

Ada yang berpendapat moratorium ini sememangnya tidak dinafikan sangat bermanfaat kepada sesetengah pihak terutama golongan yang terjejas pendapatan sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan PKP di mana ada sektor yang perlu menutup operasinya sepanjang tempoh itu.

“Secara peribadi saya tidak merasa terjejas kerana tiada tanggungan dan tiada komitmen. Tapi mungkin bermanfaat kepada orang lain yang mungkin perlu membayar kenderaan, bayar rumah dan juga mempunyai tanggungan seperti anak-anak kecil dan perlu membayar pinjaman,” kata Rosmiyati yang merupakan seorang pekerja swasta.

Fahmi Joyo seorang pekerja swasta pula berpendapat dengan adanya moratorium ini dapat membantu meringankan keluarga yang terjejas untuk membayar kereta, membayar rumah dan sebagainya. Tambahan pula dengan keadaan sekarang di mana pelajar yang belajar dari rumah memerlukan laptop dan juga telefon bimbit.

Inisiatif moratorium ini membantu peminjam individu dan perusahaan kecil dan sederhana dalam menguruskan aliran tunai mereka sepanjang tempoh mencabar ini.

Namun begitu, jika tiada yang mendesak elakkan menambah kewangan yang lain. Guna tawaran ini sebaiknya.

Untuk berita selanjutnya sila ikuti Utama jam 8 malam ini di saluran TVS 122.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *