Lebih 7.8 Juta Dos Vaksin COVID-19 Diberikan Setakat Semalam

Spread the love

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memberitahu bahawa setakat Selasa, lebih 7.8 juta dos vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah diberikan kepada penduduk di negara ini.

Katanya dalam satu kenyataan di laman Twitter miliknya, daripada jumlah itu 5,610,911 adalah penerima dos pertama manakala 2,214,001 individu telah menerima dos kedua sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka.

“Sebanyak 231,733 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam,” Tambahnya

Dalam pada itu, terdapat lima negeri mencatatkan peneriamaan kedua-dua dos tertinggi iaitu Selangor 287, 127 orang, diikuti Sarawak (246, 259), Johor (233,239), Perak (201,040) dan Sabah (188, 690)

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *