25 Atlet Negara Layak Ke Sukan Olimpik Tokyo

Spread the love

KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia berada pada landasan tepat untuk menghantar 30 atlet ke sukan Olimpik Tokyo bermula 23 Julai depan, apabila 25 atlet telahpun melayakkan diri setakat ini.

Menteri Belia Dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, terbaharu kontinjen negara mendapat satu slot peruntukan semula bagi acara memanah recurve wanita.

“Masih ada lima lagi atlet sedang menunggu melibatkan sukan olahraga, golf dan renang. Bagi Paralimpik pula, 19 atlet telah layak manakala 12 lagi masih menanti pengesahan status kelayakan,”
Beliau berkata, atlet yang bakal mengisi slot itu akan ditentukan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia dalam masa terdekat.” katanya pada sidang media secara maya, selepas mesyuarat Penyelarasan Kontinjen Malaysia Tokyo 2020.

Lima atlet yang masih menanti status kelayakan ialah jaguh lompat tinggi Lee Hup Wei, Azreen Nabila Alias (100m wanita), Kelly Tan (golf wanita), Welson Sim (renang 200m/400m gaya bebas lelaki) dan Phee Jinq En (100m kuak dada wanita).

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *