Sarawak Benarkan Sektor Kredit Beroperasi

Spread the love

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak telah membuat keputusan untuk membenarkan perkhidmatan Sektor Kredit Komuniti beroperasi.

Ia merupakan tambahan bagi perkhidmatan perlu dibawah pelaksanaan Pelan Pemulihan Negata (PPN) Fasa 1.

“Jawatan kuasa memutuskan satu lagi tambahan bagi perkhidmatan perlu (essential services) yang dibenarkan untuk beroperasi berkuat kuasa 29 Jun 2021 adalah Sektor Kredit Komuniti,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Sementara itu, Sarawak merekodkan penurunan kes baharu COVID-19 yang ketara pada hari ini iaitu 242 kes berbanding 409 kes yang direkodkan semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 55.78 peratus dikesan di lima buah daerah membabitkan daerah Kuching, Sibu, Bintulu, Miri dan Mukah.

“Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Kuching (51), Sibu (27), Bintulu (20), Miri (19), Mukah (18), Tatau (15), Sarikei (11) dan Bau (9).

“Turut merekodkan kes baharu Belaga (7), Kanowit (7), Kapit (6), Telang Usan (6), Serian (6), Subis (5), Sebauh (5), Saratok (5), Pakan (4), Dalat (4), Selangau (4), Song (3), Sri Aman (3), Tanjung Manis (1), Tebedu (1), Bukit Mabong (1), Beluru (1), Simunjan (1), Betong (1) dan Samarahan (1),” katanya.

Jawatankuasa itu menambah, dengan kes baharu itu ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di Sarawak meningkat kepada 64,475.

“Daripada 242 kes baharu yang dilaporkan, seramai 30 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 191 orang kes atau yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin,” katanya.

JPBN Sarawak turut memaklumkan terdapat dua kes kematian baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah bertambah kepada seramai 408 orang.

“Kematian itu melibatkan seorang lelaki berumur 92 tahun yang dilaporkan di Hospital Sarikei dan seorang perempuan berumur 65 tahun di Hospital Miri,” katanya.

Sementara itu, terdapat 608 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

Manakala jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 10,171 orang.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *