Beri Sumbangan, Tingkatkan Sokongan Moral

Spread the love

MIRI, JUN 26: Sokongan moral amat diperlukan oleh semua pihak termasuk mereka yang terlibat dengan program pemberian vaksin.

Justeru, sumbangan yang diterima mereka sedikit sebanyak dapat meningkatkan tahap motivasi.

Menurut Menteri Pengangkutan yang juga merupakan Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, Datuk Lee Kim Shin, usaha murni masyarakat di Miri mampun meringankan beban serta merangsangkan agensi-agensi terlibat supaya dapat melaksanakan tugas dengan penuh motivasi.

“Keprihatinan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), syarikat korporat dan individu dapat membantu agensi kerajaan dalam memerangi pandemik COVID-19 secara lebih efektif dan efisien,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, tiga buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Miri iaitu PPV Riam, PPV Eastwood Valley dan PPV Curtin telah menerima sumbangan bahan makanan dan minuman daripada Pertubuhan Pemeliharaan Hayat Miri (Miri Life Care Society).

Dalam perkembangan sama, Hospital Umum Miri turut menerima sumbangan 2 unit Mesin Pernafasan iaitu Humidifier with Integrated Flow Generator (AIRVO 2).

Antara sumbangan lain yang diterima adalah topeng muka N95.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *