Sarawak Catat 581 Kes Positif COVID-19

Spread the love

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata, Sarawak sekali lagi mencatatkan 581 kes baharu COVID-19 dengan 301 daripada kes itu dikesan di Sibu, Sri Aman, Kuching, Tatau dan Bintulu namun tiada kes kematian direkodkan.

JPBNS turut memaklumkan terdapat 455 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj adalah seramai 51,224 orang.

“Kuching (58), Tatau (49), Bintulu (46), Miri (39), Saratok (26), Meradong (24), Mukah (20) dan Asajaya (20).

Lain-lain kes dikesan di Kanowit (19), Tebedu (17), Lundu (16), Kapit (16), Samarahan (13), Sarikei (11), Matu (10), Bau (8), Telang Usan (7), Song (7), Kabong (5), Julau (4), Sebauh (3), Serian (3), Marudi (3), Bukit Mabong (3), Betong (2), Simunjan (1), Selangau (1) Subis (1) dan Dalat (1) menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 62,147.

Manakala seramai 581 PUI baru dilaporkan dan tiada yang menunggu keputusan makmal.

Dalam pada itu, daerah Dalat telah kembalik ke status jingga daripada status Kuning setelah merekodkan sejumlah 35 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas sekaligus menjadikan jumlah daerah berstatus Jingga meningkat kepada 4 daerah, 6 daerah berstatus Kuning dan 1 daerah kekal berstatus Hijau.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan empat (4) kluster baharu iaitu Kluster Jalan Setia Raja dan Kluster Kilometer 23 Jalan Puncak Borneo, Kuching, Kluster Sungai Separai, Tatau dan Kluster Jalan Sungai Antu, Sibu.


Tambah JPBNS lagi, terdapat lima (5) kluster telah tamat setelah tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari melibatkan Kluster Sungai Ngungun, Kanowit, Kluster Sebujok, Sri Aman, Kluster Jelang, Betong, Kluster Tebakang, Serian dan Kluster Jalan Sukma, Kuching.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *