Pekerja Sektor Swasta Di Sibu Akan Menerima Suntikan Covid-19

Spread the love

KUCHING: Kira-kira 14,000 pekerja daripada sektor swasta di sibu akan menerima vaksin covid-19 bermula Isnin depan di kampus Kolej Universiti Teknologi Sarawak di sini.

Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu, Dr Annuar Rapaee berkata, pusat pemberian vaksin itu akan dikendalikan oleh Kolej Universiti itu bersama Segi Medical School dan sebuah syarikat pemegang pelaburan Pansar Berhad.

“Kita akan lakukan sehingga selesai 14,000 dan kemudian suntikan dos kedua nanti, antaranya kita akan melihat apa yang boleh dilakukan untuk membantu proses vaksinasi.

“Di PPV ini, segala pengurusan adalah dilakukan sepenuhnya oleh pihak UCTS, kerjasama bersama Segi Medical School dan Syarikat Pansar Berhad yang turut dibantu oleh pelajar-pelajar dari Segi Kolej.” Katanya menerusi siaran langsung di laman Facebooknya.

Beliau yang juga Pengerusi UCTS menambah, UCTS telah diberi kebenaran oleh Perbadanan Perlindungan Kesihatan untuk menjalankan PPV industri di UCTS.

Mengulas lebih lanjut, terdapat empat pasukan vaksinasi bergerak akan ke kawasan luar bandar di bahagian sibu untuk memberikan suntikan vaksin kepada penduduk rumah panjang.

“Kami ingin mengekalkan momentum ini kerana sasaran kami ialah memberikan vaksin kepada 5,000 orang sehari pada Julai dan 7,000 pada Ogos.” Katanya lagi.

Untuk rekod, sejumlah 6,620 penduduk di daerah sibu, selangau dan kanowit telah divaksin pada rabu dan melebihi sasaran harian 4,776 orang sehari bagi bulan ini.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *