Kemudahan Kotak Serahan untuk Pemohonan Rayuan BPR di Sabah dan Sarawak

Spread the love
Gambar Hiasan

KUCHING, JUN 24: Pemohon Bantuan Prihatin Rakyat ( BPR) di Sabah dan Sarawak kini boleh membuat rayuan sacara dalam talian, sistem Kotak Serahan (Drop Box) telah disediakan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di beberapa lokasi.

Lokasi-lokasi tersebut termasuklah di pejabat cawangan, Pejabat Satelit dan Pusat Khidmat Hasil (PKH) serta di Pejabat-pejabat Daerah yang berhampiran.

Menurut satu kenyataan LHDN di sini hari ini, kemudahan Kotak Serahan ini akan disediakan sehingga tarikh akhir permohonan rayuan BPR iaitu pada 30 Jun 2021.

Pemohon terlebih dahulu diminta untuk mengumpulkan borang dan dokumen sokongan rayuan BPR berkaitan yang lengkap  di dalam sampul sebelum meletakkannya ke dalam kotak serahan yang disediakan bermula 8.00 pagi sehingga 12 tengahhari.

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan rayuan sila layari Portal BPR di sini.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *