Atlet Sukma Sarawak Diwajibkan Suntikan Vaksin

Spread the love

KUCHING: Menteri Belia dan Sukan menyifatkan usaha kerajaan negeri mengadakan pemberian vaksin secara bergerak amat baik sekaligus memberi peluang kepada atlet kebangsaan ataupun atlet sukma di negeri ini untuk divaksin.

Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, apabila mereka ini divaksin, ia akan memudahkan para atlet menjalani sesi latihan.//

“Memang harapan saya adalah untuk atlet sukan atau yang mewakili negeri, meka di beri suntikan covid memandangkan vaksin tersebut mereka boleh terdedah kpda virus dan bleh menyebabkan prestasi mereka tidak baik tanpa gangguan-gangguan.”

Katanya lagi, beliau telah menulis surat kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bagi membolehkan para atlet tempatan menjalani sesi latihan tanpa dibelenggu penularan pandemik COVID-19.

“Saya akan menulis surat kepada JPBNS untuk memberi peluang kepada atlet tempatan kita untuk divaksinasi agar mereka dapat berlatih dengan selamat dan tidak terbelenggu dengan bahaya jangkitan COVID-19,” Katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, tambah Karim, pihaknya berusaha menghidupkan kembali aktivit-aktiviti golongan belia yang telah dihentikan sementara kerana wabak COVID-19.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *