Program Vaksinasi Gelandangan Agak Mencabar

Spread the love

KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluaga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Sri Fatimah Abdullah menyifatkan bahawa program vaksinasi kepada para gelandangan di Sarawak adalah mencabar.

Menurutnya, golongan ini sentiasa berpindah tempat walaupun kementerian mempunyai rekod dan lokasi mereka dan tidak semua gelandangan berkenaan akan sentiasa berada di lokasi mereka yang sama.

“Pendaftaran atau pemberian vaksin kepada mereka (gelandangan) ini memang mencabar kerana tidak semua mereka akan berada di tempat yang sama.

“Bagaimanapun, kami kini sedang mengumpul rekod dan data mereka yang sudah di vaksinasi dan yang belum.” katanya pada sidang media mengenai Isu Vaksinasi Rural Area dan Gelandangan, pada Rabu.

Pun begitu, jelas Fatimah, kementerian akan menggunakan penggunaan vaksin dos tunggal seperti CanSino kepada golongan berkenaan disamping berusaha untuk mendaftarkan golongan ini bagi memastikan mereka tidak dijangkiti.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *