60 Peratus Populasi Divaksinasi Pada Hujung September

Spread the love

KUALA LUMPUR: Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) menyasarkan 60 peratus populasi divaksinasi menjelang penghujung september ini. 

Ia jangkaan lebih awal berbanding sasaran yang ditetapkan menjelang November atau Disember seperti dinyatakan dalam pelan pemulihan negara.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata peratusan itu berdasarkan keyakinan bahawa Malaysia akan menerima 32 juta dos vaksin di antara Julai dan September ini. 

“Dengan ini, kerajaan menyasarkan untuk 60 peratus populasi divaksinasi menjelang hujung September. Seterusnya, kerajaan sedang meningkatkan jumlah pusat vaksinasi untuk mempercepat pemberian vaksinasi dalam program imunisasi.”

Ia melibatkan 11 juta dos pada Julai, 13 juta dos pada hujung Ogos, manakala lapan juta lagi menjelang hujung September.

“Kami telah menyiapkan sejumlah pusat pemberian vaksin (PPV) Mega untuk meningkatkan kadar vaksinasi. Kami menyasarkan tambahan 1,000 orang pengamal perubatan am dari sektor swasta untuk memulakan pemberian vaksin pada 30 jun ini,”

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pada majlis pelancaran “Malaysia Economic Monitor, “Weathering The Surge” Oleh bank dunia secara maya, pagi rabu. 

Hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed. 

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *