Teruja Bawa Bersama Ibu Terima Vaksin

Spread the love

SIBU: Seorang penerima vaksin Jinau Sitam, 66, berasa sangat teruja dan bersyukur kerana telah divaksin serta melaksanakan tanggungjawab membawa ibunya, Enta Umang, yang berumur 86 tahun untuk mendapatkan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Komuniti Sibu Jaya.

Enta Umang

“Saya bersyukur kerana proses vaksinasi berjalan dengan mudah dan teratur bahkan petugas di sini juga sangat membantu,” kata Jinau.

Jinau Sitam bersama ibunya, Enta Umang

Menurut Ketua Pusat Pemberian Vaksin (KPPV) Dewan Komuniti Sibu Jaya, Arthur Asak Kajut, bermula dari 13 hingga 20 Jun 2021, seramai 3,931 orang telah menerima suntikan vaksin di PPV terbabit.

“Harapan saya agar orang ramai sentiasa mengemaskini serta memeriksa Aplikasi My Sejahtera.

“Namun, jika tidak sihat seperti mengalami demam atau individu yang masih menjalani kuarantin, jangan datang dahulu ke PPV untuk menerima vaksin”, tambahnya.

Bagaimanapun, Arthur menjelaskan bagi yang belum mendapat tarikh untuk divaksin, diharap agar mereka bersabar menunggu giliran dan bagi yang sudah mendapat giliran dimohon datang pada tarikh yang ditetapkan supaya tidak ketinggalan dan perjalanan vaksinasi berjalan dengan lancar.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *