Kualiti, Pengalaman Bantu Sarawak United FC

Spread the love

SHAH ALAM: Jelmaan baharu skuad Sarawak United FC dilihat tampil berbeza dari musim-musim yang sebelumnya.

Pemain sayap pasukan Sarawak United FC Tommy Mawat berkata kehadiran pemain-pemain berpengalaman dalam kancah Liga Malaysia telah banyak membantu meningkatkan mutu permainan pasukan pada musim ini.

“Perubahan untuk pasukan Sarawak pada musim ini memang sangat berbeza dengan adanya pemain yang berpengalaman dan berkualiti dimana membawa kami dikedudukan teratas dalam liga dan memang banyaklah perubahan dari segi pengalaman pemain.” kata Tommy ketika ditemui pada sesi latihan di Shah Alam hari ini.

Senada dengan Tommy , Ashri Chuchu turut berpendapat perubahan ini mampu membawa kejayaan besar kepada pasukan.

“Saya yakin dengan adanya pemain yang berpengalaman dalam pasukan ini saya percaya Sarawak mampu mencapai kejayaan dan bermain dengan kualiti yang lebih baik.” katanya ketika ditemui baru-baru ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Dalam pada itu mengenai perkembangan terkini pasukan yang mengunguli carta liga perdana itu, Sarawak United FC kini telah menjalin kerjasama dengan Azzam. Reezky Group sebagai penyedia penyelesaian IT sehenti dengan slogan melonjakan kebolehpasaran perniagaan.

Sarawak United FC akan kembali memulakan aksi menentang pasukan Selangor FC II di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 30 Jun ini.

Pasukan dari bumi kenyalang itu juga kini gah di carta liga dengan kutipan 23 mata didepan Negeri Sembilan yang kian mengejar kedudukan.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *