Dakwaan Kurang Guru Bahasa Iban Perlu Diteliti – STU

Spread the love

KUCHING: Dakwaan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) mengenai kekurangan guru mata pelajaran Bahasa Iban di Sarawak perlu diteliti semula dan dirujuk kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak.

Menurut Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) Adam Prakash Abdullah, pihak STU tiada maklumat khusus daripada JPN Sarawak menyatakan data-data kekurangan guru mata pelajaran tersebut.

“Kita berharap Persatuan Pemikir Dayak Sarawak boleh membawa perkara ini ke JPN Sarawak, dan melihat bagaimana isu kekurangan guru Bahasa Iban ini boleh diselesaikan dengan baik.

“Saya percaya data-data sebegini sekiranya memang sahih bolehlah dibawa ke JPN Sarawak agar satu unjuran boleh dibuat untuk penempatan guru-guru Bahasa Iban di sekolah-sekolah di negeri Sarawak,” ujarnya. 

Terdahulu Persatuan Pemikir Dayak Sarawak (DTTAS) menyeru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil langkah menangani isu kekurangan guru mata pelajaran Bahasa Iban di Sarawak.

DTTAS mendakwa seramai 2,250 orang guru Bahasa Iban diperlukan sebelum ia menjadi lebih kritikal apabila guru-guru yang berkhidmat sekarang bersara dalam tempoh terdekat.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *