Anak Sarawak Pecah Rekod Dunia Di UAE

Spread the love

ATLET para Malaysia Bonnie Bunyau Gusti  berjaya memecahkan rekod dunia pada kejohanan Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai Ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kejayaan Bonnie mengangkat bebanan seberat 230 kg untuk kategori atas 72 kg turut membuatkannya berjaya membawa pulang emas.

Sementara Perak dan Gangsa dibawa pulang Atlet China, Peng Hu dengan angkatan 214 kg manakala Nnamdi Innocent dari Nigeria pula dengan angkatan 213 kg.

Bonnie berjaya memadamkan rekod dipegang atlet Iran Roohallah Rostami dengan angkatan bebanan seberat 229 kg di Sukan Para Asia Jakarta, Indonesia pada 2018.

Pada Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia di Bangkok, Thailand bulan lalu, Bonnie turut menghadiahkan pingat emas buat negara dalam acara sama.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *