Tiong Gesa Kerajaan Tambah Baik Aplikasi MySejahtera

Spread the love

KERAJAAN harus menambah baik aplikasi MySejahtera bagi memudah serta mempercepatkan urusan pemberian vaksin COVID-19 dalam kalangan masyarakat di luar bandar, menurut Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing.

Datuk Seri Tiong King Sing

Katanya, ini penting bagi menjawab keresahan orang ramai berhubung aplikasi terbabit yang dikatakan kurang efisyen dalam mengatur jadual pemberian vaksin.

Antara isu yang kerap dibangkitkan ialah orang awam yang sudah mendaftar untuk divaksin di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi nama mereka tidak didaftarkan di aplikasi MySejahtera.

Selain itu, ada juga individu yang telah mendaftar sebagai penerima vaksin di MySejahtera mendapati lokasi pemberian vaksin dijadual jauh dari tempat tinggal mereka.

Tambah Tiong, ia sekaligus menyukarkan lagi individu terbabit untuk mendapatkan vaksin.

Ujarnya lagi, kerajaan khususnya di peringkat Kerajaan Persekutuan harus segera menyelesaikan masalah terbabit bagi memudahkan orang ramai untuk mempercepatkan proses vaksinasi.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *