Tiada ‘Walk-in’ Di PPV UNIMAS

Spread the love

TIADA pemberian vaksin COVID-19 secara ‘walk-in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Menerusi satu kenyataan, UNIMAS memaklumkan PPVnya kini hanya menerima mereka yang mempunyai tarikh dan masa janji temu menerusi aplikasi Mysejahtera.

UNIMAS mengeluarkan kenyataan sedekian berikutan tindakan beberapa pengurus syarikat sebelum ini yang memberi surat sokongan kepada pekerja mereka untuk menjalani vaksinasi di PPV UNIMAS tanpa janji temu menerusi aplikasi MySejahtera.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *